Kuih Tradisi Orang Banjar - Wadai Kipeng @ Wadai Kiping
Wadai kipeng @ Wadai Kiping, apapun panggilannya, ia merupakan satu makanan tradisi yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Banjar, kuih yang sangat istimewa dan dekat dihati setiap mereka yang berdarah Banjar.
Kuih ini kebiasaanya dihidang ketika majlis kenduri kendara dan majlis - majlis tertentu.Ia seakan simbol perpaduan di antara mereka, kerana sanak saudara rakan taulan akan berkumpul bersama sama ketika menghasilkan kuih ini, sama - sama menggentel dan membentuk doh tepung pulut ini sebelum kenduri berlangsung.
Keistimewaan bubur ini, rasa liat dan lembut tepung pulut, diikuti haruman santan serta aroma buah durian yang dimasukkan kedalamnya, cukup memuaskan selera para tetamu yang hadir.
Menurut emak saudaraku, durian agak mahal, hendak dijamu beramai - ramai tidak mampu maka isi yang sedikit dijadikan bubur, maka dapat dirasai seorang sedikit...indah bukan?
Cara menyediakan Wadai Kipeng ini tidak lah sukar, bahkan caranya ada dikongsikan di dalam video ini https://youtu.be/3nCwusA4dbc
Anda boleh klik link tersebut dan cuba sendiri resepi ini dirumah.Bagi yang tidak pernah merasai keenakannya, anda pasti akan menggemarinya kelak.
Cubalah!☺️

Ulasan
Catat Ulasan