RESEPI UDANG IBU MERTUAKU

RESEPI UDANG IBU MERTUAKU

Alhamdulillah..sebab dah favourite sangat kita repeat masak untuk kali entah yang keberapa resepi ni๐Ÿ˜„๐Ÿ˜†...sedap sangat tau...bukan sahaja cukup untuk dinikmati bersama nasi panas bahkan juga sesuai dinikmati bersama bubur dan pulut.

Untuk pertama kalinya didalam blog ini (actually, di fb page saya dah banyak kali UP resepi ini)saya akan sedekahkan resepi istimewa ilmu yang saya dapat dari Allahyarhamah Ibu Mertua saya yang bernama Hajah Che Mah Binti Mat kepada pembaca blog ini pula.

Alhamdulillah, ada sesuatu yang istimewa untuk diingati 'ditinggalkan' buat saya, sepanjang saya tinggal bersama sama beliau dulu.Arwah sangat baik orangnya.Baiknya tu seumpama kita ini dilahirkannya...itulah kan..kasih sayang seorang ibu,anak dan menantu tidak dibezakannya..beruntung saya..walaupun beliau hanya sekadar pinjaman, kerana setiap antara kita juga cepat atau lambat pasti akan menyusul...

Resepi ini mudah sahaja.Tetapi disebabkan tidak pernah saya rasa atau makan dimana mana sebelum ini, menjadikan ianya ISTIMEWA.Ada touch value disitu orang kata...๐Ÿ˜˜

Baiknya Arwah ini pada saya hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya sehingga saya tidak sedar langsung jika ia mempunyai keburukan yg lainnya.Begitulah baiknya dia.Al Fatihah buat Arwah, semoga Allah menerima segala amal perbuatannya dan mengampuni segala dosa dosanya..jika ada...aamiin..ya robbal'alamiin..

Suami saya asalnya orang sederhana sahaja.Mereka dulunya, sama seperti saya berasal dari keluarga yang susah.Menjala,memukat,memancing, ke bendang...itulah rutin mereka.Apa saja hasil hari ini dimanfaatkan sebaiknya.Hikmahnya jika sentiasa bersyukur, Allah akan selalu mencukupkan yang sedikit.

Jika balik membawa pulang udang halus (udang kecil), rajinnya ibu mertuaku ini dijadikan lauk sedikit habuan mengalas perut,selebihnya dijemur udang itu untuk dijadikan udang kering.Dan terciptalah resepi ini.Seleraku sangat membuak buak jika kulihat dibawah tudung saji terhidang juadah ini.Dan saya ambil peluang keemasan itu untuk belajar memasaknya.
Lebih istimewa lagi menu ini tahannya berhari hari, cuma perlu dipanaskan sebentar di atas kuali.Terima kasih buat si pemilik resepi, moga pahala melimpah ruah buat bekalmu disana..aamiin.


RESEPI : Udang Mak Mertua.

Bahan²nya :

Udang saiz sederhana @ kecil 200gm (lagi kecil saiz udang lagi sedap)
*4 ulas bawang merah dimayang halus
*4 batang serai diracik halus (ambil batang dalam yang lembut ye..)
*2 tangkai cili merah dipotong serong
*5@6 tangkai cili merah dan hijau @ cili padi dipotong kecil (boleh juga dimasukkan sebiji² utk kurangkan pedas)
Kerisik secukupnya
Garam dan gula
Sedikit minyak masak

Cara²nya :

1. Masukkan sedikit minyak kedalam kuali (anggaran 2sdb)

2. Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau dan garing.Jika suka boleh masukkan sedikit serbuk kunyit (optional)

3. Masukkan udang.Kemudian masukkam juga kerisik (agak² nisbahnya 1:1 bersama udang).Kacau sebati.

4. Lastly, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.Kacau sebentar kemudian tutup api..done..

Mudah kan?๐Ÿ˜‡Cubalah!

atau anda boleh juga ikuti langkah demi langkah dari video Jom Masak ini ya...
https://youtu.be/IW3dIvBl8nU

Ulasan