PETUA Memasak Nasi Ayam Yang Harum, Enak dan Lazat!

PETUA Memasak Nasi Ayam Yang Harum, Enak dan Lazat!

Nasi Ayam sangatlah sinonim dengan kita, rakyat Malaysia.Namun begitu, terdapat pelbagai versi Nasi Ayam, seiring perkembangan zaman.Lain orang lain citarasanya.Namun, keutamaan adalah Nasi Ayam yang boleh diingati setiap kali menikmatinya...













Ada pelbagai jenis Nasi Ayam.Nasinya boleh dikatakan hampir sama cuma yang berubah ialah lauk sampingan dan kuah sambalnya itu.Inilah yang menjadi penentu kelazatan dan kenikmatan kepada penggemar Nasi Ayam.

Okey, pertama sekali kita mulakan dahulu dengan nasi ya..

Nasi Ayam yang sedap haruslah,

1. Menggunakan beras wangi siam, kerana beras ini teksturnya lebih kenyal, tidak kembang, baunya yang lebih harum, menjadi pilihan ramai peniaga Nasi Ayam.Namun harganya, sedikit mahal berbanding beras biasa.

2.Nasi Ayam yang sedap haruslah dimasukkan stok ayam,atau pun kiub pati ayam kerana nasi lembut ini haruslah berperisa ayam, wangi dan manisnya datang dari air rebusan ayam.

3.RAHSIA NASI AYAM YANG SEDAP DAN WANGI bukan hanya terletak pada halia dan serai didalamnya, tetapi DAUN KEMANGI a.k.a SELASIH merupakan resepi rahsia yang ingin admin kongsikan kepada anda.Masukkan seikat daun kemangi untuk bau nasi yang harum semerbak, lain daripada nasi ayam lainnya.Petua ini admin dapat daripada seorang peniaga nasi ayam,yang sangat laris di kawasan admin ini.Boleh dikatakan jika melalui kawasan tempat perniagaan beliau, dari jauh sudah dapat menghidu kewangian aroma nasi ayamnya yang sangat menggugat selera ramai.Jadi, tak hairan lah jika perniagaannya laris (bukan sebab guna2 ya😂) ...adess..

4.Nasi Ayam yang sedap juga haruslah nasi yang terlerai cantik, tidak lembik..tetapi sesetengah Nasi Ayam Hainan dicampurkan dengan beras pulut, untuk menjadikan nasi mereka melekit...admin tak tahu lah, jika itu lebih disukai..disebabkan itu admin mampu katakan, lain orang lain citarasanya, betul tak...tapi petua yang admin kongsi ini memang betul betul sedap, cubalah dan anda pasti akan setuju dengan admin😊

Contoh resepi NASI AYAM yang lazat daripada petua yang admin beritahu di awal tadi boleh lihat di link dibawah ye☺️

https://youtu.be/6ymBL1OaJbw

Selamat Mencuba!

Ulasan