BIKIN KETAGIH - Resepi Sambal Ijo Padang yang pedas dan tahan lama

RESEPI MUDAH - Sambal Ijo Padang Yang Pedas Dan Tahan Lama


Assalammualaikum w.b.t

Bertemu lagi kita di blog Jom Masak untuk topik seterusnya, iaitu resepi yang gurih, pedes bangettt hehehe dan yang paling penting...pes sambal ijo ini TAHAN LAMA...kalau tak betul cara penyediaannya, sambal cuma elok dalam masa sehari sahaja...sob...sob...sedih kan kalau dah siapkan stok banyak banyak...akhirnya rosak (berlendir @ berbau) disebabkan salah cara penyediaannya sahaja.

SAMBAL IJO.

Sebut sahaja sambal ijo memang terkenal di nun negara serumpun kita, INDONESIA.Istimewanya sambal ini kerana ianya sangat sesuai dengan selera orang Asia yang sukakan masakan pedas dan makanan ruji seperti nasi.

Kalau ada ayam geprek (ayam bumbu yang diketuk) dihidangkan panas panas pulak tu...makan dengan nasi putih dan kuah sup...apa nak kata cheq oiiii...berpeluh pun confirm licin pinggan dibuatnya!😅

Cara penyediaannya seakan akan sambal gesek, cuma ditambahkan tomato dan semuanya hijau hijau belaka..baru lah nampak ijo gitu...😁

Tak percaya, tengok gambar ni haa..kang terliur pulak...🤭


Okeylah.Kita straight terus kepada resepinya ye..🤓

RESEPI : Sambal Ijo Padang

Bahan bahannya :

3@4 biji bawang kecil
2@3 tangkai cili hijau
Beberapa tangkai cili rawit @ cili padi
Sedikit belacan (dibakar terlebih dahulu)
3 biji tomato
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak masak

Cara caranya :

1.Bersihkan dan potong kecil semua bahan bahan tadi kecuali belacan dan garam.

2.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.Goreng bahan bahan di atas sehingga agak layu.Gunakan api perlahan.Berhati hati ya...cili kebiasaannya akan meletup...hehe..boleh tutup dengan tudung periuk dahulu sebentar jika takut terpercik minyak panas..😬

3.Setelah agak layu, angkat dan ketepikan sebentar.Tunggu sehingga suam sedikit.Barulah ditumbuk ye.Jangan lupa masukkan belacan bakar, sedikit garam dan serbuk perasa.Resepi original Sambal Ijo Padang tak ada letak gula tau..jangan derhaka ye..nanti lain jadinya🤭
Dan...bahan bahan tu tak boleh blend ye..tak sodapp serius..tak akan sama tau...kena tumbuk dan bagi ada tekstur kasar kasar gitu...haaa..

4.Bila dah siap menumbuk separuh hancur semua bahan bahan tu, masukkan sedikit minyak lebihan semasa kita menggoreng bahan bahan tadi.Haaa...masa ini lah dah mula rasa lapar bila tengok sambal tu berkilat lain macam dah...merechikk beb...Minyak ini ler yang akan membantu mengelakkan sambal dari berkulat dan supaya sambal tahan lebih lama.Jangan takut takut nak letak lebih, sebabnya minyak ni kalau digaul dengan nasi...adesss...malas la nak cakap..korang cuba lah sendiri..

5.Haaa..tunggu apa lagi...letak dalam piring...bismillah jangan lupa pulak...kang ada yang datang teman kang...😂

Okey, senang kan..cuba buat ekk...

Dalam experiment aku sendiri,yang memang kaki makan pedas ni..stok macam ni..memang sangat releven dan serasi sambal ni dengan selera aku..so, disebabkan sambal ijo padang ni dia ada letak tomato, kebarangkalian untuk sambal cepat rosak tu ada.So, nasihat aku..masa potong tu buanglah bijinya yang berair, pakai isinya sahaja.So aku nak lebih tahan lama, aku gorengkan semula sambal ijo yang aku dah tumbuk tadi..sehingga betul betul kering dan berminyak..kira memang tak ada air langsung dalam cili dan buah tomato tu, 100% sambal ijo korang akan tahan lebih lama😇Trust me..



Tips💖

1.Isi dan simpan sambal ijo
 dalam balang kaca.Setiap kali nak ceduk sambal, make sure pakai lah sudu yang kering dan bersih.Tukar baru setiap kali nak makan semula.Tak nak kongsi kongsi okey.

2.Makan jangan lupa baca Bismillah..hehe..

Sekian perkongsian aku pada kali ini.Kalau korang rasa was was jugak, padahal aku dah bagi resepi tapi tetap tak yakin, boleh ikut step di dalam video dibawah okey!

Thank You kerana sudi baca sampai habis dan selamat mencuba.


Ulasan