Tips Untuk Menghasilkan Nasi Lemak Dan Sambal Tumis Yang Sedap

Tips Untuk Menghasilkan Nasi Lemak Dan Sambal Tumis Yang Sedap




TIPS❤

Nasi Lemak

1⃣Gunakan daun pandan jenis berdaun kecil tirus kerana ia lebih harum daripada daun pandan bersaiz besar.Tapi jika tiada, asal daun pandan pun, 🆗😃

2⃣Masukkan sedikit minyak masak (anggaran 1 sd) untuk menjadikan nasi lebih cantik terlerai dan tidak melekat.

3⃣Boleh juga ditambah halba, jika suka.Selain berkhasiat, halba sangat sinonim dengan nasi lemak dan bubur.

Sambal Bilis

1⃣Lebihkan bawang, untuk lebih rasa manis yang asli.Bawang ros terbaik, untuk gorengan awal admin mengikut resepi asal Sambal Bawang.

2⃣Nak cantikkan warna sambal supaya berkilat, masukkan gula nesan @ gula nibung, sesuai selera.

3⃣Cili kering admin guna 1:1 jenis tidak pedas + pedas, supaya rasa pedas sambal seimbang.Jenis cili kering besar tidak pedas manakala yang kerinting kecil lebih pedas.Kebanyakan peniaga nasi lemak menggunakan nisbah seperti ini.

4⃣Sambal yang sedap adalah sambal yang dimasak lama menggunakan api yang perlahan, kena sabar dan kacau selalu ye..jangan bagi hangus nanti berubah rasanya huhu

5⃣Gunakan minyak gorengan ikan bilis, minyak terbaik formula sambal bilis yang lazat😉

Nasi sedap + Sambal sedap = PERFECT NASI LEMAK✅

Selamat mencuba.Jangan lupa SHARE, dan tekan butang FOLLOWED untuk lebih banyak resepi menarik.

Thank You!😘

Untuk mengetahui resepi Nasi Lemak Pandan seperti gambar di atas, anda boleh klik disini https://youtu.be/tJe06jvpUlg dan jangan lupa tekan butang SUBSCRIBE untuk lebih banyak resepi menarik😉

Ulasan