Resepi Ayam Rica Rica ini berasal dari daerah Manado, Sulawesi Utara yang memiliki cita rasa pedas dan enak.Disebabkan Indonesia dan Malaysia merupakan negara serumpun, maka citarasa dan selera kita juga hampir sama.Buat semua yang belum pernah merasai kenikmatan Ayam Rica Rica ini, silakan semak dan cuba resepi mudah ini ya.Jangan lupa SHARE dan SUBSCRIBE juga ya😉
Bahan bahan untuk ditumbuk @ dikisar :
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 biji tomato merah
1 ketul halia
2 ketul kunyit hidup
3 tangkai cili besar
4@5 tangkai cili kecil @ cili vietnam @ cabe rawit juga boleh ya sesuai selera
CARA CARANYA :
1. Tumbuk @ kisarkan semua bahan bahan diatas sehingga separuh hancur @ hancur (juga sesuai selera)
2. Di dalam kuali, masukkan sedikit minyak masak, gorengkan ayam sehingga garing sedikit kulitnya dan separuh masak.Angkat dan ketepikan.
*Nota : Saya menggunakan bahagian sayap ayam (wing) kerana memasaknya menjadi lebih mudah, masaknya sekata dan tidak memerlukan masa yang lama untuk empuk.Tetapi bahagian lain juga boleh digunakan, tiada masalah.
3. Dengan menggunakan minyak hasil gorengan ayam tadi, tumis bahan bahan yang dikisar sehingga wangi dan naik bau.
Masukkan 2 batang serai yang diketuk.
4. Kemudian bolehlah dimasukkan ayam yang telah digoreng awal tadi.Gaul sebati.Perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk perasa ayam ( kaldu bubuk).
5. Akhir sekali, masukkan daun herba seperti daun salam (2 helai), daun limau purut (buang urat tengahnya dan ramas sedikit supaya keluar baunya) diikuti daun kemangi yang harum dan beraroma.Semua daun daun herba inilah yang membezakan menu masakan berlada dan rica rica🌼🌼🌼
6. Tutup api, sedia untuk dihidang.Jangan risau jika terlebih minyak sedikit ya, kerana minyak merah dari cili itulah yang enak sangat jika digaul bersama nasi panas²🤩🤩🤩
Selamat mencuba.Sebelum kak JM lupa, resepi ini adalah REQUEST daripada viewer dan subscriber JOM MASAK juga, jadi diharap tuan badan berpuas hati ya.Terima kasih pada semua yang dah setia support JOM MASAK, anda semua memang TERBAIK🌹🌹🌹TQSM😊
#AyamRicaRica
#ResepAyamRicaRica
#JomMasak
#ResepiAyam
#ResepAyam
Ulasan
Catat Ulasan