Hai Assalammualaikum semua.
Hari ini hari ke -7 LOCKDOWN di Malaysia dan seperti biasanya hari ini kak JM berkesempatan untuk MENDONAT, so kak JM nak berkongsi resepi donat yang gebu dan ringan disini ya...😊
CARA MUDAH BUAT DONAT YANG GEBU DAN RINGAN.
1. Masukkan 1 cawan air suam (sedikit air panas dicampur dengan air biasa 1:1).
2. Masukkan 1sdb gula pasir.Masukkan juga 1sdb yis MAURIPAN.Kacau / Aduk rata dan larutkan.Biarkan yis kembang selama 15 minit.
3. Didalam mangkuk, masukkan 3 cawan tepung gandum (terigu).
4. Didalam mangkuk lainnya, masukkan 3sdb susu krimer pekat manis, ½ cawan air biasa dan sedikit garam.Kacau sebati.
5. Didalam bekas berisi tepung tadi, masukkan yis yang telah mengembang,masukkan 3sdb mentega dan juga bancuhan susu tadi sedikit demi sedikit.
Uli doh sehingga adunan sebati, kental dan tidak lagi melekat di tangan.
6. Bulat bulatkan doh menjadi saiz yang seragam.Jarakkan sedikit kedudukan setiap doh kerana nantinya doh akan mula mengembang / naik.
Tempoh masa perapan : 30 minit
7. Setelah doh naik elok dan ringan, tumbuk sedikit doh untuk mengeluarkan anginnya,kemudian bentukkan dan buat lubang di tengah tengahnya.Leperkan sedikit dengan telapak tangan jika anda baru pertama kali mendonat supaya donat anda masak sempurna didalamnya (tidak terlalu tebal).Boleh bentukkan sendiri dengan tangan atau pun menggunakan acuan.
8. Goreng menggunakan api yang perlahan.Selalu alihkan donat supaya warna nya tidak cepat gelap dan masak sekata.
Angkat, toskan minyak dan tunggu sejuk pada suhu bilik kemudian barulah disalut dengan gula.Barulah donat anda kelihatan gebu gebas😄😊
Siap untuk dihidang.Selamat Mencuba.
Jangan lupa bantu JOM MASAK dengan menekan butang LIKE, SHARE, COMMENT dan SUBSCRIBE ya❤️❤️❤️❤️Thanks You🌺
Full video klik disini ye...jangan lupa tekan butang Subscribe dan Loceng okesss😘
https://youtu.be/h5s6J6KRx8c
#DonatGebuGebas
#Doughnuts
#Donut
#JomMasak
#ResepiDonat
#CaraMudah
#Lockdown
Ulasan
Catat Ulasan