CARA PALING MUDAH menyediakan PUDING KARAMEL anti gagal, dijamin LULUS!


Assalammualaikum sahabat semua❤️

Hari ni rasa teringin pulak nak makan benda manis manis, tak nak buat banyak banyak takut tak habis, so kak JM buat puding karamel dalam kuantiti yang kecil aje.So untuk korang yang nak buka untuk jualan atau tempahan majlis majlis korang 'double' kan sahaja kuantitinya ya😄👍

Nampak tak puding karamel kak JM masih tergedik gedik lagi atas sudu tu haaa..sebab kak JM pun gedik jugak, belum masuk dalam fridge dah sibuk nak merakam dan buat video...🤣🤣🤣🤣tapi manis, lembut cair je dimulut tau..korang semua mesti cuba, confirm menjadi punyalah 💯%

BAHAN BAHAN UNTUK MENYEDIAKAN PUDING KARAMEL.

BAHAN UNTUK KARAMEL.

150 gram gula pasir
½ cawan air

1. Masukkan gula pasir ke dalam kuali yang tidak melekat. Panaskan sehingga gula melarut dan cair menggunakan api yang perlahan.

2. Setelah larut semuanya, masukkan ½ cawan air panas..sebab letak air panas ni ialah untuk mempercepatkan proses melarutkan gula..😉.Kacau lagi sehingga larut menjadi air karamel.Setelah larut semuanya, tutup api dan isikan ke dalam bekas.

BAHAN UNTUK PUDING.

1 cawan susu cair
½ cawan krimer susu pekat manis
½ cawan air putih
½ sudu kecil esen vanilla

1. Campurkan semua bahan bahan diatas ni kemudian kacau perlahan supaya larut dan sebati.

2. Kemudian, didalam mangkuk lain pula, pecahkan 3 biji telur Gred A.Kalau korang pakai telur gred B atau yang lebih kecil, DOUBLE kan kuantiti ya, bimbang nanti tak cukup telur so puding korang jadi tak cukup mengeras pula.

3. Kacau perlahan, jangan sampai berbuih ya..kemudian tapis didalam bekas berisi bancuhan susu tadi.Masa menapis ini lah segala lendir akan diasingkan, so hanya masukkan cecair telur yang licin sahaja.

4. Kemudian, kacau perlahan supaya sebati.

5. Isikan air karamel tadi didalam bekas (sedikit sahaja nanti akan jadi terlampau manis)

6. Kemudian, isikan campuran telur dan susu tadi.Kemudian kukus sehingga 30 - 40 minit.

7. Setelah masak, angkat dan rehatkan sebentar.Masukkan kedalam peti sejuk.
Boleh dihidang ketika panas @ sejuk sesuai selera❤️

8. Hiaskan dengan buah kesukaan anda, hirisan peach, strawberry dll)

S E L A M A T  M E N C U B A
J A N G A N  L U P A  S U B S C R I B E  Y A

Hidangan : 6 orang makan ( 6 bekas)




YOUTUBE
https://youtu.be/yS1O-e9jp8o

BLOG
https://jommasakofficial.blogspot.com/2020/03/cara-paling-mudah-menyediakan-puding.html?m=1

#PudingKaramel
#CaramelPudding
#CaraMudah
#JomMasak
#ResepiPuding
#Puding
#PuddingRecipe

Ulasan