Resepi Char Koey Teow Yang Penuh Kasih Sayang!


Alhamdulillah, Assalammualaikum dan selamat pagi semua๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ

Pagi ni kak JM masak menu bergoreng pula, nampak macam koey teow basah pun ada kan..sebab tak cukup basah char koey teownya๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚yang penting PENUH KASIH SAYANG kerana air tangan isteri dan seorang ibu ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ

Tapi rasanya tetap terbaik, ikut aja step yang kak JM sediakan tu ye..๐Ÿ˜‰

RESEPI : Char Koey Teow penuh kasih sayang❤️❤️❤️๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

BAHAN BAHANNYA :

400gm koew teow (dibilas dan ditoskan)
4 ekor udang putih saiz sederhana besar
3 ulas bawang putih diketuk
1½ sdb pes cili kering
1 sdb sos cili cili
1 sdb sos tomato
1 sdb kicap manis
 Garam dan gula secukup rasa
1 biji telur ayam
Sedikit taugeh dan kucai

CARA CARANYA :

1. Tumis bawang putih yang diracik halus.Kemudian masukkan udang.

2. Masukkan pes cili kering, sos cili, sos tomato, dan kicap manis.Lebihkan kicap jika ingin warnanya lebih gelap.

3. Masukkan Koey Teow.Kacau sebati.Tambah sedikit air (lebih atau kurangkan sesuai selera)

4. Masukkan sayur taugeh dan kucai. Perasakan secukupnya dengan sedikit garam dan gula.

5.Masukkan sebiji telur ayam.Tunggu sebentar kemudian barulah digaul sebati.

6. Tutup api.Siap untuk dihidang.

S E L A M A T  M E N C U B A

#CharKoeyTeow
#MenuBergoreng
#Lockdown
#ResepiMudah
#JomMasak
#ResepiBergoreng

Ulasan