RESEPI KUIH KASWI YANG ENAK, LEMBUT DAN MUDAH


RESEPI KUIH KASWI GOYANG GOYANG


BAHAN BAHANNYA IALAH :

2 cawan tepung gandum @ tepung terigu
1 cawan tepung ubi @ tepung tapioka
200 gram gula pasir
2 cawan air pati asli daun pandan (Kisarkan daun pandan dan tapis, ambil airnya ya)
1 sudu kecil kapur makan - Bancuhkan dengan sedikit air
1 sudu kecil pewarna hijau epal
1 penutup perasa pandan

CARA CARANYA :

1. Campurkan kesemua bahan diatas, gaul rata dan kisar didalam pengisar sehingga adunan menjadi sekata dan licin.

2. Oleskan sedikit minyak masak diatas permukaan loyang @ bekas, kemudian barulah dimasukkan adunan tadi.

3. Kukus sehingga 30 - 35 minit sehingga masak.

4. Ambil 200gm kelapa parut (putih sahaja ya) dan masukkkan sedikit garam.Gaulkan sebati.

5. Kukus sebentar supaya kelapa parut tahan lebih lama, tidak mudah masam atau rosak teksturnya (PETUA)

6. Setelah kuih sejuk elok, gaul dan balik balikkan diatas kelapa parut.Sedia untuk dihidang ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

S E L A M A T  M E N C U B A, Resepi yang sangat mudah.Semua pasti boleh masak!❤️❤️❤️❤️

#KuihKaswi
#KuihKaswiGoyangGoyang
#Kaswee/Kasui
#KuehKaswiGedik
#ResepiKuih
#ResepKue

Ulasan