RESEPI LAKSA IKAN SELAYANG PALING MUDAH DAN SEDAP

Alahaiii musim ikan murah sekarang ni, rugilah kalau tak MELAKSA kan...🤣🤣🤣


Alhamdulillah syukur sangat², permulaan yang sangat bagus buat kita semua rakyat marhaen ni bila dapat beli barang basah yang murah betul tak?🤗


Jangan lupa panjatkan rasa syukur kita pada Dia Si Pemberi Rezeki yang tak pernah putus dengan sifat Ar - Rahman Ar - Rahiimnya🌹


Okey, jom kita semak resepi MELAKSA kita kali ini, apa yang best sangat tu kheeennn..😂😂😂 Check it out✌️


〰️RESEPI LAKSA IKAN SELAYANG〰️


1️⃣ Bersihkan 600 gram ikan selayang (nak guna ikan kembung pun boleh ye), rendamkan sebentar didalam air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyirnya.


2️⃣ Rebus ikan bersama beberapa keping asam gelugor.Dah siap rebus, asingkan isinya daripada tulang.


3️⃣ Kisarkan isi ikan tadi bersama sama dengan sedikit air.Masukkan kedalam periuk.


4️⃣ Kemudian, kisar pula tulang temulang ikan tadi dicampur bersama air rebusan ikan diawal tadi.Kemudian tapis dan ambil airnya sahaja.Part ni penting ya, sebab manis ikan tu ada disini❗Campurkan air tapisan tadi kedalam periuk tadi.


5️⃣ Bahan - bahan tambahan untuk dikisar,


150 gram cili kering yang direbus terlebih dahulu

Seketul belacan (saya pakai belacan perlis mari yihaaa tapi beli di Kedah🙈😆)

3 biji bawang besar

2 ulas bawang putih


Tambahkan sedikit air dan kisar sehingga halus.Kemudian masukkan kedalam periuk pes kisar tadi ye...


6️⃣ Kemudian hidupkan api dapur.Masukkan hirisan bunga kantan, daun kesum dan daun pudina.


7️⃣ Then, masukkan beberapa keping asam gelugor, ada yang suka lebih masam, ada yang tak berapa suka..so letak je ikut selera masing masing ye😌


8️⃣ Bila kuah dah mendidih elok, perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa (ajinomoto).Tak letak pun ok je aji ni tapi rasa dia kurengg umpphhh ler sikit ...tu je.Kemudian, tutup api.Done part kuahnya ni ye .


9️⃣ Di periuk yang satu lagi pula, bolehlah mula merebus laksa beras (sebenarnya sambil masak kuah dah boleh merebus laksa so lagi cepat boleh makan😌).Laksa beras ni awalnya saya dah rendam didalam air selama setengah jam terlebih dahulu supaya cepat lembut dan tak ambil masa yang lama ketika merebus😊


🔟 Semasa merebus masukkan satu atau dua keping asam gelugor, ini petua orang lama lama supaya tekstur laksa kenyal elok dan putih bersih (bukan kekuningan), cantik haaaa...


1️⃣1️⃣ Dah siap semuanya, isikan laksa masukkan kuah kemudian garnish atau hias dengan timun, cili, bawang, daun pudina atau daun salad.Bismillah jangan lupa ye....ok that all untuk resepi kali ini, MESTI CUBA TAU..sebab senang sangat² dan sedap pulak tu🙈


Dah kalau suka resepi JOM MASAK jangan lupa ajak kengkawan lepak sini, SUBSCRIBE dan TEKAN LOCENG siap² supaya tidak terlepas setiap resepi istimewa daripada JOM MASAK.❤️TQ


#LaksaIkanSelayang #Laksa #JomMasak #ResepiLaksa #Laksa

Ulasan