RESEPI RAHSIA KARIPAP IKAN YANG TIDAK RAMAI TAHU



Hai Assalammualaikum semua.

Kali ini kak JM nak bagi idea untuk sesiapa yang nak mulakan bisnes kuih atau frozen, pun boleh sebab resepi ini memang resepi original koleksi kak JM paling laris masa kak JM buat frozen dulu.Lepas tu kak JM stop sebab ikan naik harga melambung lambung sampai tak sempat nak kejar😪

So, disebabkan harga ikan dah murah sangat sangat..kalau kat tempat kak JM ni ada yang 3kg RM10 , sekilo RM1 pun ada haaa....so ambik peluang time ikan murah murah camni untuk buat bisnes ni yang harga modalnya rendah untungnya 💰⬆️

RESEPI KARIPAP IKAN TERLAJAK LARIS

Bahan bahannya :

UNTUK DOH KARIPAP

3 cawan tepung gandum (terigu) @ bersamaan dengan 500gm 
1 cawan minyak masak
3 sdb butter
½ cawan air sejuk (dari peti ais)
Minyak untuk menggoreng

Cara caranya :

1. Masukkan minyak masak kedalam periuk kecil bersama butter.Cairkan hingga naik buih.Kemudian, tutup api.Ketepikan sebentar.

2. Masukkan tepung gandum kedalam bekas, tuang sedikit demi sedikit minyak dan butter tadi, gunakan sudip kayu ya..sebab minyak masih panas tuuu okes...gaulkan sebati..kemudian barulah di lerai leraikan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti tu haaa...

3. Masukkan pula air sejuk sedikit demi sedikit, uli perlahan sehingga menjadi doh.Siap jadi doh yang kental elok, rehatkan doh selama 15 minit...okes, boleh teruskan menyediakan intinya pula ya..

UNTUK INTI IKAN

5 ekor ikan selayang direbus dengan asam keping, diasingkan tulangnya..ambil isinya sahaja.
1 biji bawang besar
10@11 tangkai cili hijau
Garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara caranya :

1. Kisarkan bawang besar dan cili hijau dengan sedikit air (sikit aje tau...)

2. Panaskan kuali.Masukkan sedikit minyak.Tumis bahan dikisar sehingga naik bau.Kemudian masukkan isi ikan.Gaul sebati.

3. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa (Ajinomoto - xletak xsedap...serius)

4. Angkat dan sejukkan sebentar.

So, boleh lah mula mencanai doh, buat bulat2 lepas tu canai je dan mula membentuk.Boleh guna acuan karipap atau kelim guna tangan je..tapi kak JM lebih suka kelim guna tangan sebabnya, ada seninya tu dan tidak mudah terburai semasa menggoreng.So ikutlah korang suka @ rasa mudah yang mana ye.

Kemudian, goreng menggunakan api sederhana panas supaya karipap masak helokk dan comel😂

Resepi ini kuantiti untuk makan satu family dapat lah dalam 20pcs gitu...kalau nak berniaga atau buat bisnes frozen, tambahkan potongan bawang didalam inti dan racik halus daun sup @ daun parsley nama omputihnya😄.Kompem jadi banyak beribu ribu lemon tapi still sedap, ada aroma daun parsley ( dulu pun akak letak) ikan jangan kurang, jangan kodokut orang nogori cakap..hahahahaha

So ini baru guna ikan selayang 5 ekor dah dapat 20pcs, belum tambah extra bahan dalam inti, habis sangat korang just topup bahan untuk doh.InsyaAllah bisnes ni boleh suksess (dengan harga bahan mentah yang sekarang ni). Pedas tak? Tak pedas sangat pun.Anak anak mesti suka.Takut korang je tak menang tangan esok.

So untuk yang nak SHARE resepi ni atau nak CUBA kak JM halalkan, kak JM doakan semoga bisnes korang sukses dan kalau tak pun, masak untuk suami dan family pun dah ok😊

Okey, jangan lupa cuba sendiri dirumah, senang je bahan bahannya, jangan lupa LIKE COMMENT dan SUBSCRIBE ya.Tenkiuuu😄😉😊☺️

YOUTUBE : 

BLOG :

#IdeaBisnes
#BisnesFrozen
#KaripapIkan
#JomMasak
#TerlajakLaris
#IkanSelayangIkanKembung

Ulasan