RESEPI UDANG MASALA YANG SETANDING RESEPI MAMAK!!!!




GARAM MASALA membawa pengertian 'rempah pedas' dan bukanlah 'garam' yang biasa kita guna dalam masakan tu ye...
Ada pelbagai jenis rempah ratus yang digunakan untuk menghasilkan satu adunan rempah yang istimewa ini, disebabkan itu garam masala banyak digunakan didalam menu menu istimewa kaum India dimana negara India  juga terkenal sebagai pusat penghasilan rempah yang utama di dunia✌️

RESEPI : UDANG MASALA ala restoran Nasi Kandar.

CARA CARANYA :

1️⃣ Panaskan kuali.Masukkan sedikit minyak masak.

2️⃣ Tumiskan 4 ulas bawang putih dan seketul halia yang ditumbuk kasar sehingga naik bau.
(boleh juga digantikan dengan pes halia dan bawang putih ya, anggaran 2sdb)

3️⃣ Masukkan 2 biji bawang besar yang dihiris halus.

4️⃣ Masukkan 1 biji tomato merah yang dipotong dadu dan beberapa helai daun kari.

5️⃣ Masukkan 1 sd kecil serbuk kunyit,
2sdb serbuk cili dan 2sdb serbuk kari daging.Tumis sebentar.Tambahkan sedikit air.Gunakan api perlahan.Masak sehingga pecah minyak.

6️⃣ Masukkan 400 gram udang kecil.
(boleh gantikan dengan udang lain juga ya)

7️⃣ Masukkan bahan bahan yang disangai (digoreng tanpa minyak kemudian dikisar halus) iaitu bahan bahan berikut :

1 sd kecil jintan manis
1 sd kecil jintan putih
1 sd kecil biji ketumbar

8️⃣ Masukkan daun herba kering.

9️⃣ Kemudian, barulah dimasukkan 1sdb REMPAH GARAM MASALA. Kacau sebati.

🔟 Perasakan secukupnya dengan garam dan gula.

Akhir sekali, hiaskan dengan cili hijau dan hirisan daun ketumbar.

S E L A M A T  M E N C U B A

Tips dari JOM MASAK〰️

🌼 Biji rempah yang disangai berbau harum, dimasukkan di akhir masakan untuk mengekalkan rasa dan wangian rempah tersebut.

🌼 REMPAH GARAM MASALA juga dimasukkan di akhir masakan kerana jika ditumis awal, akan merosakkan bau rempah sekaligus menghilangkan wangian dan rasa rempah tersebut.Disebabkan itulah, garam masala dimasukkan pada saat saat akhir sesuatu masakan.

Sedap sangat, yang penting HOMEMADE dan FRESH dari dapur 🌹🌹🌹Jangan tak cuba tau .. dan jangan lupa juga LIKE KOMEN SUBSCRIBE dan TEKAN LOCENG untuk sentiasa update dengan resepi resepi istimewa daripada JOM MASAK❤️❤️❤️

Thank You😊

#UdangMasala
#ShrimpMasala
#JomMasak
#PrawnMasala

Ulasan