CARA MUDAH MENYEDIAKAN PENGAT LABU SEMUDAH ABC!



Assalammualaikum wbt & selamat petang.

Hari ini di Malaysia masih lagi menjalani proses PKP dan masih ada penambahan dalam rekod jangkitan dan kematian😣, so kak JM berharap kita semua dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, dan berdoa semoga wabak @ virus covid - 19 ini akan segera lenyap dari muka bumi ini, tiada yang mustahil jika Allah berkehendak, dan kita berusaha🌼

So, petang ni kak JM masak simple aje, semua orang pasti boleh masak sendiri resepi ini dirumah sebab mudah sangat sangat.Tapi kak JM tetap upload sebab 1. Kak JM tak sibuk 2. Masih ada yang boleh belajar andai belum tahu🌼

🎀RESEPI PENGAT LABU (Didalam bahasa indonesia dipanggil kolak labu kuning ya) semudah ABC🎀

Bahan bahannya :

1 biji labu manis saiz sederhana besar
( dipotong kecil dan dibuang kulitnya & dibersihkan)
Beberapa helai daun pandan
80 gram biji sagu (sagu ni direndam awal 15 minit untuk memudahkan @ mempercepatkan proses mengembang)
Sedikit garam
2 ketul gula kabong (saiz kecil, 1 ketul untuk saiz besar ya)
1 kotak kecil santan pekat (200ml) *ralat dalam  video tertulis gram)*
2 gelas air untuk merebus

Cara caranya :

1. Masukkan labu dan 2 gelas air.Masukkan juga biji sagu dan daun pandan.Mulakan proses merebus sehingga labu separuh empuk.

2. Setelah labu separuh empuk, barulah dimasukkan gula kabong tadi.Gula kabong dilarang masuk awal sebelum sagu mengembang kerana ia akan merencatkan sagu, nanti lambat kembangnya.Boleh tambahkan sedikit gula putih jika ingin rasa yang lebih manis ya.

3. Kemudian, masukkan sedikit garam(sedikit aje). Tujuan dimasukkan sedikit garam untuk seimbangkan rasa kuah dan menyerlahkan rasa lemak pengat labu ini🥣.

4. Akhir sekali, barulah masukkan santan pekat, kacau dan masak selama 5 minit.Kemudian, tutup api.Sedia untuk dihidang.

Mudah aje kan, semua pasti boleh masak!Tambahan sejak PKP ni lapar aje manjang kan...⏱️🤦🙎

So, 🌼selamat memasak, 🌼Stayathome ,🌼SayangiOrangYangTersayang 🌼SemogaSemuanyaAkanKembaliPulih 🌼Aamiin

Step by step video & cara penyediaannya sila klik di link ini ya👇

YOUTUBE
https://youtu.be/ETdaw_6b_RY

Jangan lupa juga untuk FOLLOWED Fb Page Jom Masak👇
https://www.facebook.com/JomMasakSupermom/

#PengatLabu
#SerawaLabu
#KolakLabuKuning
#StaySafe
#KitaJagaKita
#JomMasak
#ResepiLabuManis
#CaraMudah
#Labu
#PumpkinRecipe

Ulasan