SENANG JE rupanya nak buat aiskrim strawberry ni...RESEPI MUDAH yang mesti anda cuba!


Hai Assalammualaikum semua..hari ni cuaca agak panas, baki buah strawberry masih tersengih sengih dalam fridge tu tiap kali buka fridge otak ni selalu memikir nak buat apa ye..dengan strawberry ni..nanti rosak kan dah membazir...๐Ÿ˜Œso...akhirnya datang idea nak buat aiskrim lah, boleh simpan lama dalam fridge dan yang penting...puas makan haaa...anak anak pun mesti suka (tak ada budak budak yang tak suka aiskrim kan๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†) ๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“ So mulalah aktiviti tengah 'memalam buta' blend bahan semua..dan keesokannya dah boleh UP video untuk korang๐Ÿ˜„๐Ÿ˜€๐Ÿ˜Š CARA MUDAH MENYEDIAKAN AISKRIM STRAWBERRY HOMEMADE DARI DAPUR ANDA.

Bahan untuk dikisar :

150gm buah strawberry (optional ya, kalau tak ada buah tapi still nak buat aiskrim, just guna aja flavour atau cecair perasa buah)
1 tin susu cair
½ tin susu pekat
1 sudu kecil cecair pewarna merah ros
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovalette

1. Kisar je semua bahan bahan ini sampai kembang dan sebati.Kemudian, isikan didalam bekas, tutup kemas kemas dan masukkan ke dalam peti sejuk.

2. Bekukan semalaman, sedia dimakan keesokannya.Kalau buat hari ni, selepas dah beku pun dah boleh makan๐Ÿ˜‰๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ Dapatlah satu bekas untuk satu family makan.Tapi jika nak buat untuk ramai, just 'DOUBLE' @ 'TRIPLE' kan sahaja kuantiti bahannya ya!

S E L A M A T  M E N C U B A 
Seperti biasa jika anda sukakan resepi daripada Jom Masak jangan lupa FOLLOWED Jom Masak di FB dan SUBSCRIBE Jom Masak di YOUTUBE ya❤️❤️❤️❤️Video kak JM kali ini cuma berdurasi 2 minit aje, so make sure korang semua support kak JM dengan menonton sehingga selesai ya๐Ÿฅ€Thanks๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ 

YOUTUBE

INSTAGRAM




#AiskrimStrawberry
#StrawberryIceCream
#Homemade
#EskrimStoberi
#JomMasak
#Strawberry
#Lockdown
#Stayathome
#Roadto8kSubscribers

Ulasan